Club career Patricio_Gabarrón

Barcelona

Patric menyertai akademi FC Barcelona, La Masia pada tahun 2008 semasa berusia 15 tahun. Pada mulanya, beliau beraksi di posisi pemain tengah bertahan sebelum ditukarkan ke posisi bek kanan oleh jurulatih pasukan Barcelona B iaitu Eusebio Sacristán.

Pada 22 September 2012, Patric telah melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan simpanan. Beliau telah menjadi pemain gantian kepada Gerard Deulofeu semasa pasukannya menewaskan Hércules CF 3–0 dallam aksi Segunda División.[1] Pada 26 November 2013, beliau beraksi dalam perlawanan pertamanya bersama skuad utama selepas menggantikan Carles Puyol semasa pasukannya kecundang kepada Ajax dalam saingan Liga Juara-Juara.[2]

Patric menjaringkan gol sulungnya pada 28 Februari 2015 dalam aksi liga menentang RCD Mallorca.[3] Namun dalam kempen itu, pasukannya akhirnya berdepan penyingkiran.

Lazio

Pada 8 Jun 2015, Patric telah menandantangani kontrak selama empat tahun bersama kelab Serie A, Lazio.[4] Beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk Lazio pada 30 Ogos ketika pasukannya tewas kepada Chievo 4–0.[5]